[Polis dan Bomba Tunai Permintaan Adik Penyakit Kanser]
- Kerabu Media

- Mar 25, 2021
- 1 min read
[Polis dan Bomba Tunai Permintaan Adik Penyakit Kanser]
Laporan:Rafiqin Aiman
"Sakit Leukemia Dah Tiada Harapan,Tiada Rawatan Lagi. Melainkan Kami Ahli Keluarga Di Minta Cipta Momen Indah Bersamanya".
Muhammad Firash Arryan Bin Muhammad Yusri,6 Tahun Menghidap Penyakit Kanser Darah Luekemia Tahap Kritikal.
Pelbagai usaha dan rawatan telah dilakukan oleh ahli keluarganya.Pernah 8 bulan dia disahkan bebas kanser,tetapi ia hanya sementara.Penyakit kanser kembali menyerang dengan lebih agresif.
Di usia 6 tahun,dia tidak tahu apa sakit yang dia hadapi.Seperti kanak-kanak normal,beliau hanya seronok bermain nikmat zaman kecilnya.
Kini beliau tidak lagi mampu berjalan kerana kanser telah menyerang kakinya,beliau hanya berkerusi roda dan senyum gembira dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ahli keluarga.
Beliau berminat dengan polis dan bomba,alhamdulillah pihak polis IPD SPU dan Balai Bomba Kepala Batas memberi respon dan akan menunaikan permintaannya.
Mereka tak minta sumbangan,tapi mereka mohon doa agar keajaiban berlaku.Baki sisa masa anak kecil ini singkat,ahli keluarganya ingin tunaikan apa sahaja permintaanya dan ingin memberikan keceriaan kepada anak kecil ni.
"Anak kecil ni amat suka dengan aktiviti taman tema air.Tapi ahli keluarganya tidak mampu untuk bawa dia ke situ,berikutan mereka keluarga sederhana sahaja. Mungkin ada hamba allah ingin menaja anak kecil ini beriadah dan menikmati keceriaannya dengan keluarga"katanya kepada Wartawan Malaysia Channel ketika dihubungi.
Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi nombor di talian
(010-3821369) Puan Zie.










Comments