Azmir Arif Yakin EMPAYAR Lagu-Lagu Tradisional Kembali Gemilang
- kerabuchannel

- May 21, 2020
- 1 min read
Updated: May 21, 2020
Lagu ini melambangkan kemurnian bangsa yang berbilang kaum. Jika tiada perpaduan dan penyatuan tiadalah empayar negara. Saya terdetik macam mana ingin menunjukkan rasa bangga kepada Negara Malaysia yang kini di puji oleh banyak negara kerana cara kepimpinan Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Yasin dalam membina negara berdaulat disaat rakyatnya sedang melawan Covid19.
Walaupun musim PKP ini banyak memberi kita muafakat bersama. Kesepaduan, kebajikan yang diberikan kepada rakyat saat keadaan covid 19 ini banyak memberi nilai akhlak yang sebenar kepada kita semua.
Lagu ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya, bahasa sastera yang digunakan cukup tinggi untuk mengambarkan nilai maruah bangsa itu sendiri. Lagu ciptaan dari Rosli Selasih yang masih satu-satunya komposer memperjuangkan irama malaysia agar tidak ditelan zaman.
Lagu Etnik Kreatif yang saya bawakan ini adalah cetusan idea bersama. Saya ingin membuat kelainan bunyian muzik untuk halua telinga anak muda agar meminati muzik tradisional ini. Tapi dalam masa yang sama saya masih terapkan nilai perkataan yang baik dan susun aturnya mempunyai seribu bahasa makna yang mendalam bagi orang yang ingin memahami kesepaduan Negara dibawah Empayar Negara Malaysia yang Berdaulat.
Tajuk Lagu: EMPAYAR
Penyanyi: Azmir Arif
Terbitan: Grand Centrestage Entertainment


Comments